Friday, December 10, 2010

MAHA

4 hb Disember selepas menghadiri majlis perkahwinan rakanku, aku bergegas ke MAHA di Serdang. Dari tahun lepas aku nak pergi tapi tak kesampaian...so tahun ni aku nak juga pergi sebab teruja dengar cerita best gi sana...

Kami sampai di Serdang, hujan turun lebat ketika itu...parking punyalah jauh, nak buat mcm mana? ramai sangat org berminat nak gi MAHA...tak kisahlah janji aku dapat beli apa yang aku idamkan...

So tempat pertama yang aku tuju mestilah gerai pokok2...aku sejak pindah umah baru ni mmg suka pokok2...kalau boleh nak b
uat TANAMAN DAPUR...yalah cuba korang bayangkan kalau nak masak tomyam, kena masukkan daun limau purut dan serai baru ummmp...tp nak guna sikit je, kena beli dalam kuantiti byk sebab dia dah packing2.... Harga pokok kat MAHA ni mak oiii memang mahal, mgkin cas sekali dgn sewa tapak...so aku beli laa pokok yang koman2....hehehhe..antaranya daun kesum, daun sup, pegaga....My Hubby plak teruja dengan pokok buah bidara dan jermin....harap2 pokok2 aku menjadi, sebab aku nak pindah ke pasu yang lebih besar.............




Pokok Cili - geram betul tengok cili merah yang besar tu berbuah. Tapi aku tak beli pokoknya, aku beli benihnya, nak cuba semai sendiri..jadi ke tidak...



Pokok Orkid - cantik2 belaka...tp aku tak beli sebab kat rumah dah ada pokok orkid cuma daunnya menguning sikit..mgkin disebabkan aku tak pandai jaga....



Buah-buahan yang segar, sambar juga buah2 jambu ni...makan cecah dengan asam boi 916...sedap gila

Kesimpulannya best g MAHA, tak larat nak jalan..kalau tahun depan ada lagi..sure aku nak g lagi...

No comments:

Post a Comment