Saturday, February 26, 2011

Kejohanan Kriket MSSN Melaka

KAMI JOHAN KRIKET....

Seminggu yang lepas, aku langsung tiada di sekolah, seminggu berada di padang bersama player2 kriket sekolah aku...Aku bersama Cikgu Roslan dan Ustazah Mas seminggu bertugas di SMK Kg Gelam..Alhamdulilah sekolah kami dinobatkan sebagai Johan Kriket di Kejohanan Kriket Majlis Sukan-Sukan Negeri Melaka....terima kasih kepada seluruh warga SMK Malim dan pentadbir SMK Malim yang bersama memberikan sokongan..Terima kasih juga kepada jurulatih kriket SMK Malim merangkap suamiku....terima kasih kerana sudi membantu melatih player malim..insyallah tahun depan ada rezeki kita bekerjasama lagi...

Jurulatih sedang memberi amanat terakhir sebelum second inning bermula



Bergambar bersama YB, setelah dinobatkan sebagai johan kriket...











Tuesday, February 15, 2011

Nasi Dagang + Gulai Ikan Tongkol + Air Asam Utara

lama betul aku tak update blog ni, sejak naik sekolah ni kerja menimbun2....tak sempat langsung nak jengah blog yang dah bersawang gila ni...so hari ni melaka cuti, cuti sempena maulidurasul..Jadi kesempatan yang ada ni aku cuba masak resepi yg first time aku nak cuba. geledah almari dapur punya pasal terjumpa laa sepaket beras nasi dagang yang aku beli ketika bkunjung ke kelantan tahun lepas, so sebelum expired baik aku eksperimen kan...

So inilah rupa nasi dagang aku




Lauknya mestilah gulai ikan tongkol / kayu /aye

Kebetulan g pasar di pantai puteri jumpalah ikan tongkol fresh ...so terjadilah gulai ikan kat bawah ni


Sebagai aksesori tambahannya, hubby aku minta buatkan air asal stail utara, rindu kat kampung la tu...hihiih...suka sgt dia dengan air asam ni


Thursday, December 30, 2010

Tanaman Dapur


Pokok kunyit - daunnya kalau buat masak lemak sedap
balut ikan pastu bakar bau dia wangi
masukkan daun kunyit dalam masak pindang pun ok
biasa orang buat apa lagi ek? ya rendang...jgn lupa hiris halus...




Ni daun kari, kalau orang utara panggil kari pollay (tak taulah ejaan aku ni betul ke tak) janji ada bunyi....hehehhe

daun ni masak kari laaa menerbitkan bau yang harum
tp mak mentua aku biasa pucuk2 kari yang muda tu dia buat ulam,
tp aku tak pernah lagi rasa pucuk kari buat ulam ...
apa rasa ek? mestilah rasa kari...




Ha cuba teka ni sayur apa?
ha ni lah sayur kailan aku untuk tanaman kali kedua
yang kali pertama aku dah makan goreng dgn sos tiram
mana dapat benihnya? beli kat kedai..pas tu semai je dalam pasu
sure jadi...tp biras aku tanam tak jadi...aku tanam jadi plak...
sure tangan aku ni sejuk kan? hehehhehe





Ha ni pulak daun cekur, ada orang jawa panggil daun kencur
mana2 pun boleh ...janji daunnya sama
kegunaannya masuk dalam masak lemak, sedap
daun cekur ni buat urap pun ok




Ha ni buah tomato ceri
ni hasil untuk kali kedua...
buat ulam je




Ok ini pulak pokok limau nipis
lum berbuah lagi...
tunggu sikit masa lagi kot...
buah limau ni sedap kalau di buat air



Ini pula pokok buah delima
lum berbuah lagi






Pokok limau kasturi
ini hasil kedua jg...






Daun Limau Purut
kegunaannya : masak tomyam
masak paprik
masak rendang





pokok belimbing buluh
belum berbuah lagi
belimbing buluh kalau buat masak lemak sedap
masak sambal pun boleh jg








Pokok kendondong
dah berbuah...
org utara panggil buah amra









Buah bidara
Pegaga

























Daun sup dan Pokok Cili






Sejak masuk rumah baru ni, timbul satu hobi baru pada diriku..en suami juga turut menggalakkan...malah dia pun dah terikut aku join hobi ni...hobi menanam tanaman dapur...tak payah nak pergi beli semata2 nak guna sikit je...contohnya kalau nak masak tomyam, kena guna daun limau baru sedap...tp disebabkan kat rumah tak ada tanam, so kenalah pergi kedai beli sepaket, walhal nak guna selai dua je...

so oleh itu aku telah memulakan projek tanaman dapur...tp tanaman dapur ni belum banyak lg..cuma yg aku dah rasa hasilnya daun kailan, first time makan kailan hasil tangan sendiri seronok, limau kasturi dah buat air, lada cameron dah masak dalam lauk ayam masak blackpepper,

so harapan aku lepas ni nak pertingkatkan projek tanaman dapur ni agar lebih cantik lagi...


Visions





Inilah periuk idamanku sudah sampai..time pergi langkawin nak beli tak larat nak bawak sebab banyak barang dah beli... kali ni beli je kat sekolah, ada cikgu yang menjualnya....


So inilah periuk aku tu....bak kata sorang cikgu sekolah aku...

masak je guna ni,
dah masak hidang je atas meja...
tak abis makan, masuk je dalam peti sejuk,
nak makan semula panaskan or masuk dlm mcrowave...

hehheheh senang kan kerja suri2 zaman ini...apa boleh buat dunia semakin canggih...

Rojak Tahu

Disebabkan dah beberapa hari aku malas nak makan nasi, makan terhasillah rojak tahu...rojak ni aku makan kat gerai2 kat bentayan muar tu sedap...so atas permintaan en suami so aku cuba buat atas resepi eksperimen sendiri....sedap jg..kalah yg jual kat bentayan tu...hihiih

so inilah rupa rojak tahu aku...




Campuran tahu yang telah digoreng, tauge yang telah dicelur dan potongan timun





Kuah kicap yang ada campuran cili, bawang merah, bawang putih, kacang tanah dan gula merah..

yummmy..........

Wednesday, December 22, 2010

Telekung Online


Semalam order telekung online....ari ni dah sampai...berkenan pada corak sulamannya...

Monday, December 20, 2010

Jalan-Jalan Ke Bukit Tinggi dan I-City









Ni edisi tertunggak, sebenarnya masa awal cuti sekolah ari tu aku telah ke bukit tinggi dan i-city.aku upload sikit2 laaa..byk sgt gambar...hihiihi